Thursday, June 3, 2010

syoknyer g kat air panas


Jarang sekali kita dengar di Terengganu ini terdapat air panas semula jadi, di sini saya bawakan
kepada anda satu - satunya air panas semula jadi di Terengganu............
terdapat dua kolam untuk berendam kaki mahupun untuk mandi.......
ia juga boleh mandi manda di bawah saliran air seperti air terjun.......
Tempa ini juga bukan sahaja tempat untuk pelancongan, tetapi ia menjadi satu tempat
untuk refleksologi badan mahu pun anggota badan kita apabila kita merendam kedalam air panas,selain itu ia juga dapat merawat penyakit kulit dan memberikan tenaga kepada tubuh badan apabila meminum airnya.........
Datanglah beramai-ramai ke "kolam air panas la"........
lokasinya tidak juah dari lata tembakah, kira-kira dalam 17km sahaja......

Wednesday, May 12, 2010

syoknyer g mandi


Nak mandi di air yang tenang dan cantik dengan pemandangannya, datang lah beramai-ramai ke "lata tembakah".........ia tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu......
lokasinya terletak di Jerteh sempadan Terengganu, Kelantan.........
Ia bukan sj tempat untuk berekreasi, malah ia menjadi tempat kunjungan kerana terdapat anak-anak ikan yang jinak dan boleh bermain denganya........
kesejukan airnya membuatkan
kite menjadi segar dan bertenaga........

Tuesday, May 11, 2010

syoknyer g khemah


Masa kecil dulu, aku selalu main khemah-khemah.........
tapi hanya sekitar rumah sahaja, maklum la........ibu mana tak bimbangkan anaknya...
kini ku meningkat dewasa, aku meminta izin ibu ku untuk pergi berkhemah di suatu tempat
yang tidak jauh dari kampung halaman ku ini.........
lokasi kali ini hanya di dearah Setiu, kampung mangkuk menjadi pilihanku.........kenapa.....?
disini lah kebiasaanya pengunjung mahupun badan-badan rekeasi akan melakukan perkhemahan
aku mengambil peluang untuk bermalam disini kerana keindahan pantai dan suasanya yang sunyi
dan tenang........
bagiku perkhemahan ini hanyalah suka-suka dan hanya diriku ini ingin kan ketengan.......
bagi mereka yang sukakan rekeasi dan perkhemahan, datanglah ke kampung ini.......
ia bukan sahaja untuk perkhemahan, malah terdapat juga kawasan untuk memancing......
sudah tentu ramai kaki pancing yang gemar datang ke kampung ini........

syoknyer g daki


Inilah kali pertama ku pergi mendaki........hehehehe.....
bagiku semua ini adalah idamanku sejak dari ku kanak-kanak lagi, tapi pada waktu dulu
mana la aku tahu tentang gunung ni, aku hanya tahu bukit-bukit berhampiran rumahku sahaja
kini ku berpeluang untuk mendaki gunung tebu........
Fuh.....sememang berdebar-debar untuk memulakan langkah mendaki ni.......
dengan semangat yang jitu, akhirnya aku sampai juga di kemuncaknya.....
keseronokan bercampur keletihsan bila dapat menawan puncak gunung ini.......
bermula dari kaki bukit hinggalah ke kemuncaknya, kehijauan menemaniku di segenap sudut
dengan udara yang segar berserta kicauan burung membuatku merasai kendahan alam ciptaan
Ilahi di negeri ku sendiri ini......
sempat juga la aku berkemah di puncak gunung ini, malam yang penuh dengan bunyi-bunyian
ini terus mengulik diriku yang keletihsan ini.......
sebaik sahaja pagi menyunsur......
memang terkejut apabila melihat sang suria terbit dari kaki langit......
sungguh menarik dan indah permandangannya dengan matahari yang baru muncul bersama
dengan kabus membuatku terpegun dengan keindahannya..

syoknyer g pantai
















Di Terengganu sememangnya kaya dengan keindahan pantai.....sekali lagi kaki ku ini mengorak langkah untuk menerokai keindahan pantai di negeri ku ini
kali ini aku pergi ke pantai Rhu sepuluh bagi menikmati keindahan pantai di situ.......
sememangnya keindahan pantainya cukup indah, cantik dan permai........
tambahan pula di sekitarnya terdapat gerai ataupun kedai makan yang berasaskan
"Celup Tepung" dan ABC special pasti menambat selera anda.....
Di sini juga terdapat gerai yang menjual hasil tangkapan laut yang segar dan baru di tangkap
leh nelayan di kawasan ini.......
kesegaran ikan, sotong, udang, dan ketam yang segar membuatkan anda merasa terpaut untuk
membelinya.....
Harganya yang murah memang sepadan dengan kesegaran hasil tangkapan......
anda pasti akan berpuas hati denganya.......datanglah ke Rhu sepuluh, ia pasti menjanjikan kepuasan dan keindahan kepada anda...

syoknyer naik bas


Ini bukan basnya biasa yang kita naiki sehari-hari............mungkin anda terkejut melihat bas yang di bina ini, kerana ia berasaskan tradisional..........
Bas ini direka khas untuk pengunjung ke Negeri ini bagi memudahkan perjalanan ke Taman Tamadun Islam, akan tetapi ia juga boleh membawa ke mana sahaja destinasi di Kuala Terengganu ini........... dengan wujudnya bas tradisional ini anda pasti kagum dan tertarik untuk menaikinya, bukan sahaja luaran berbentuk kayu......
tetapi dalamanya juga di gubah seperti rumah kayu ataupun sebuah bangsal yang sedang bergerak..........
ke unikan bas ini kini menarik minat semua golongan yang berkunjung di negeri ini
tidak akan melepas peluang untuk menaikinya.........
ini lah satu-satunya pengangkuta teristimewa di negeri persisir pantai.......
kehadiran bas ini sememang sesuai dengan Bandaraya Pesisir pantai.......
keunikan, keindahan, dan kedamaian dapat di rasai bila anda menaikinya........

Sunday, May 9, 2010

syoknyer g Musium Losong


Kemana sahaja kita pergi, pasti terdapat musium, dimana tempat tedapatnya
sejarah mahupun salasilah sesebuah Negeri.........
Di Negeri Terengganu juga terdapat sebuah Musium yang terletak di kampung Losong...
tidak jauh dari pusat Bandar, dan berdekatan dengan Taman Tamadun Islam........
bolehlah anda singgah untuk melihat bagaimana Negeri pesisir pantai ini bertapak sehingga kini,
malah anda boleh juga melihat secara lebih dekat "Batu Bersurat" yang menjadi bualan masyarakat setempat mahu pun di luar Negeri ini.....
bukan itu sahaja, anda juga boleh mengetauhi dari mana? dan bagai mana? Batu bersurat ini
berada di Negeri ini dan bukanya di negeri - negeri lain.......

syoknyer g Taman Tamadun Islam


Bandaraya persisir pantai kini popular dengan Masjid Kristal, kerana seni binanya
yang unik dan terapung di atas permukaan air..........
malah bukan itu sahaja keindahanya....... ia juga terdapat pelbagai replika masjid di seluruh dunia
ini lah salah satu Taman tamadun Islam pertama Di asia tenggara...........
Di sini anda boleh merasakan keunikan masjid dan juga taman yang berasaskan pembangunan
islam..........di mana dari zaman ke zaman masjid di bina dengan pelbagai reka bentuk dan corak
untuk melambangkan kemajuan dan perkembangan islam di sesebuah negera tersebut......
selain ia menjadi pusat pelancongan, ia juga menjadi tempat pembelajaran......
ini lah yang di gambarkan oleh selogan "Islam Hadiri, Terengganu Bestari"

syoknyer g Gaint


Anda mungkin sudah mengenali dengan pasaraya Gaint, kini ia juga telah bertapak
di Kuala Terengganu........... lokasinya tidak jauh dari Mydin Mall.......
semestinya anda tahu apa yang terdapat di Gaint........
akan tetapi ia juga menjadi tarikan di kalangan anak muda di Negeri kelahiran ini kerana
terdapat pelbagai gedung - gedung jualan seperti permainan kanak - kanak atau orang dewasa,
pakaian bayi, dan kedai cenderamata serta hadiah untuk seseorang teristimewa.........
sekiranya anda datang ke Negeri kami........
singgah lah ke pasaraya ini......
pasti anda tidak jemu dan tidak bosan.......
pelbagai pilihan yang dapat anda pilih.......

syoknyer g Mydin Mall


Masih lagi ku terigat, waktu kecil dahulu susahnyer untuk mencari peralatan sekolah
yang murah dan berkualiti.........
kini tidak lagi.......
kerana Mydin Mall telah bertempat di bandaraya Terengganu.....
bkn setakat barangan sekolah...........
malah barangan dapur,pakaian,maian dan pelbagai lagi barangan keperluan harian kita...
singgah lah ke Mydin Mall, pasti anda tidak puas untuk membeli belah.....

syoknyer g tasek kenyir


Tasek Kenyir.....adalah salah satu tempat pelancongan yang menarik jutaan pengunjung terutama
dari kalangan kaki - kaki pancing......
tetapi Tasek Kenyir bukan sahaja tempat untuk kaki - kaki pancing.......
malah terdapat juga chalet bagi mereka yang iginkan riadah mahu pun berbulan madu....
bagi yang berkeluarga juga tidak ketinggalan.......
mereka juga boleh menikmati keindahan alam panorama bersama anak - anak mereka serta
beriadah bersama keluarga.......
Ini lah keindahan Terengganu......

Monday, May 3, 2010

syoknyer g sekayu























"Meh la g sekayu".............
mungkin inilah yang selalu kite dengar dari buah mulut orang kampung ku....
bagi mengetauhi ape yang membuatkan semua orang tertarik untuk pergi ke sekayu ni....?
sekali lagi aku melangkah dari kampung halaman ku untuk pergi ke sekayu......
fuh.......sememangnya terkejut bila melihat suasana air terjun di situ......
sejuk,aman dan kehijauan alam menjadikan ketenagan yang penuh dengan ketenteraman jiwa.........
sekiranya anda serabut kepala atau pun tertekan degan kerja......
molek lah anda singgah ke sekayu.........
pelbagai aktiviti riadah yang anda boleh lakukan......
di sana juga terdapat chalet untuk beristirehat.....



syoknyer singgoh TMC (Mesra Mall)


Aku sememangnya di lahirkan di Kuala Terengganu, tetapi diri ku tidak terlepas
untuk menikmati keindahan khazanah di negeri kelahiran ku sendiri.....
sedikit demi sedikit diriku kini mengorak langkah untuk menikmatinya....
tujuan sebenar bukanlah hanya untuk suka - suka......
diriku ini hanya untuk mengenali dan mencintai negeriku sendiri yang
makin membangun pesat dengan tempat - tempat pelancongan yang menarik...
tidak jauh dari kampung halamanku, ku cuba untuk merasai suasana keindahan di bandar
kerteh......
ape yang tertarik di sana......
semestinya pasar raya yang tersegan indah yang di beri nama "Mesra Mall" atau
dikenali sebagai TMC...
sama seperti di pasar raya di bandar - bandar yang membangun pesat.....
kini ku tak perlu lagi memenatkan badan untuk pergi ke Kuala Lumpur mahupun ke Kuantan
semata mata untuk bermain "Bowling" dan menonton "Wayang".......
setelah penat meronda-ronda sekitar TMC, perutku pun berbunyi......
apa lagi, masa untuk makan......hehehehe...
fuh...medan seleranya seumpama bandar besar Kuala Lumpur la.....
singgah la makan mee tiow goreng kuali.......mesti syok.........

syoknyer g pasor payang


Singgah lah ke Pasar Besar Kedai Payang, anda pasti terpikat dengan cendera hati,
kain-kain batik,kain pasang,
mahu pun sutera asli,sememangnya terdapat pelbagai pilihan bagi mereka yang gemarkanya........
mungkin pasar payang cukup sinonim dengan bandar Terengganu......
dan mungkin ada yang bosan dengan tmpat tersebut..........
anda tidak perlu bimbang...
kerana ada lagi gedung untuk menbeli belah cendera mata, kraf tangan,kain batik,serta sutera asli
tidak jauh dari pasar payang, kini "Bazar Warisan" di buka untuk melebarkan suasana
bandar raya persisir pantai yang kaya degan warisan kain batik, sutera mahu pun kraf tangan
yang berkualiti tinggi dan sememangnya asli.......
bukan setakat untuk membeli belah mahu pun "shooping"
suasana kawasanya yang cukup menarik dan indah pasti memikat hati setiap pengunjung....

syoknyer g ronda - ronda bandar

Semestinye anda tidak jemu untuk bersiar-siar di kawasan bandar Kuala Terengganu,
kerana bandar rayanya yang terletak di persisiran pantai ini pasti menjanjikan
suasana yang tenang dan damai........
Malah di dalam kesibukan kota bandar raya persisir pantai ini juga terdapat sebuah taman yang
pasti menarik perhatian setiap pengunjung yang berkunjung di negeri kami....... disini juga terletaknya istana Sultan Negeri Terengganu..
tidak jauh dari sini, berhadapanya pula, terdapat lagi sebuah taman yang di beri nama Taman Shah Bandar....
taman ini tersegan indah dengan lokasinya betul-betul di tepi persisiran pantai......

Sunday, April 25, 2010

syoknyer g makan


Bila sebut tentang Negeri Terengganu,anda mesti terbayangkan kerepok lekor,
Di Terengganu sememangnya terdapat pelbagai makanan istimewa selain kerepok lekor,
di antaranya yang menarik perhatian anak-anak muda mahu pun mereka dari luar negeri ini........
makanan yang berasaskan "celup tepung" atau ABC dan juga cendol sememangnya
menjadi sajian utama di setiap persisiran pantai di kawasan negeri ini.........
anda tidak suka dengan masakan berasaskan celup tepung?.........
tak mengapa.....anda tidak perlu bimbang.......
masakan kampung pun ada, nak budu?
nak tempoyak?
nak sayur celur, mahupun sayur kankung segar..........
semuanya ader di sini......
atau anda suka dengan masakan panas....?
semestinya ada disediakan.......




Saturday, April 24, 2010

syokyer g pantai




Sekiranya anda datang ke Negeri Terengganu, semestinya anda akan singgah di persisiran
pantai untuk menikmti keindahan khazanah alam semulajadi,
Dan sudah semestinya pantai Batu Buruk akan menjadi pilihan utama,
kerana tempat yang strategik di kawasan bandaraya pesisir pantai ini,
untuk anda bersiar-siar
sambil melihat kuda-kuda yg ditungang khas oleh penungangnya bersiar-siar di persisiran pantai.....
malah anda juga boleh mencuba untuk menunggangnya........
tu pun kalau tak takut jatuh la.......hehehehe.....