Thursday, June 3, 2010

syoknyer g kat air panas


Jarang sekali kita dengar di Terengganu ini terdapat air panas semula jadi, di sini saya bawakan
kepada anda satu - satunya air panas semula jadi di Terengganu............
terdapat dua kolam untuk berendam kaki mahupun untuk mandi.......
ia juga boleh mandi manda di bawah saliran air seperti air terjun.......
Tempa ini juga bukan sahaja tempat untuk pelancongan, tetapi ia menjadi satu tempat
untuk refleksologi badan mahu pun anggota badan kita apabila kita merendam kedalam air panas,selain itu ia juga dapat merawat penyakit kulit dan memberikan tenaga kepada tubuh badan apabila meminum airnya.........
Datanglah beramai-ramai ke "kolam air panas la"........
lokasinya tidak juah dari lata tembakah, kira-kira dalam 17km sahaja......

Wednesday, May 12, 2010

syoknyer g mandi


Nak mandi di air yang tenang dan cantik dengan pemandangannya, datang lah beramai-ramai ke "lata tembakah".........ia tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu......
lokasinya terletak di Jerteh sempadan Terengganu, Kelantan.........
Ia bukan sj tempat untuk berekreasi, malah ia menjadi tempat kunjungan kerana terdapat anak-anak ikan yang jinak dan boleh bermain denganya........
kesejukan airnya membuatkan
kite menjadi segar dan bertenaga........

Tuesday, May 11, 2010

syoknyer g khemah


Masa kecil dulu, aku selalu main khemah-khemah.........
tapi hanya sekitar rumah sahaja, maklum la........ibu mana tak bimbangkan anaknya...
kini ku meningkat dewasa, aku meminta izin ibu ku untuk pergi berkhemah di suatu tempat
yang tidak jauh dari kampung halaman ku ini.........
lokasi kali ini hanya di dearah Setiu, kampung mangkuk menjadi pilihanku.........kenapa.....?
disini lah kebiasaanya pengunjung mahupun badan-badan rekeasi akan melakukan perkhemahan
aku mengambil peluang untuk bermalam disini kerana keindahan pantai dan suasanya yang sunyi
dan tenang........
bagiku perkhemahan ini hanyalah suka-suka dan hanya diriku ini ingin kan ketengan.......
bagi mereka yang sukakan rekeasi dan perkhemahan, datanglah ke kampung ini.......
ia bukan sahaja untuk perkhemahan, malah terdapat juga kawasan untuk memancing......
sudah tentu ramai kaki pancing yang gemar datang ke kampung ini........

syoknyer g daki


Inilah kali pertama ku pergi mendaki........hehehehe.....
bagiku semua ini adalah idamanku sejak dari ku kanak-kanak lagi, tapi pada waktu dulu
mana la aku tahu tentang gunung ni, aku hanya tahu bukit-bukit berhampiran rumahku sahaja
kini ku berpeluang untuk mendaki gunung tebu........
Fuh.....sememang berdebar-debar untuk memulakan langkah mendaki ni.......
dengan semangat yang jitu, akhirnya aku sampai juga di kemuncaknya.....
keseronokan bercampur keletihsan bila dapat menawan puncak gunung ini.......
bermula dari kaki bukit hinggalah ke kemuncaknya, kehijauan menemaniku di segenap sudut
dengan udara yang segar berserta kicauan burung membuatku merasai kendahan alam ciptaan
Ilahi di negeri ku sendiri ini......
sempat juga la aku berkemah di puncak gunung ini, malam yang penuh dengan bunyi-bunyian
ini terus mengulik diriku yang keletihsan ini.......
sebaik sahaja pagi menyunsur......
memang terkejut apabila melihat sang suria terbit dari kaki langit......
sungguh menarik dan indah permandangannya dengan matahari yang baru muncul bersama
dengan kabus membuatku terpegun dengan keindahannya..

syoknyer g pantai
















Di Terengganu sememangnya kaya dengan keindahan pantai.....sekali lagi kaki ku ini mengorak langkah untuk menerokai keindahan pantai di negeri ku ini
kali ini aku pergi ke pantai Rhu sepuluh bagi menikmati keindahan pantai di situ.......
sememangnya keindahan pantainya cukup indah, cantik dan permai........
tambahan pula di sekitarnya terdapat gerai ataupun kedai makan yang berasaskan
"Celup Tepung" dan ABC special pasti menambat selera anda.....
Di sini juga terdapat gerai yang menjual hasil tangkapan laut yang segar dan baru di tangkap
leh nelayan di kawasan ini.......
kesegaran ikan, sotong, udang, dan ketam yang segar membuatkan anda merasa terpaut untuk
membelinya.....
Harganya yang murah memang sepadan dengan kesegaran hasil tangkapan......
anda pasti akan berpuas hati denganya.......datanglah ke Rhu sepuluh, ia pasti menjanjikan kepuasan dan keindahan kepada anda...

syoknyer naik bas


Ini bukan basnya biasa yang kita naiki sehari-hari............mungkin anda terkejut melihat bas yang di bina ini, kerana ia berasaskan tradisional..........
Bas ini direka khas untuk pengunjung ke Negeri ini bagi memudahkan perjalanan ke Taman Tamadun Islam, akan tetapi ia juga boleh membawa ke mana sahaja destinasi di Kuala Terengganu ini........... dengan wujudnya bas tradisional ini anda pasti kagum dan tertarik untuk menaikinya, bukan sahaja luaran berbentuk kayu......
tetapi dalamanya juga di gubah seperti rumah kayu ataupun sebuah bangsal yang sedang bergerak..........
ke unikan bas ini kini menarik minat semua golongan yang berkunjung di negeri ini
tidak akan melepas peluang untuk menaikinya.........
ini lah satu-satunya pengangkuta teristimewa di negeri persisir pantai.......
kehadiran bas ini sememang sesuai dengan Bandaraya Pesisir pantai.......
keunikan, keindahan, dan kedamaian dapat di rasai bila anda menaikinya........

Sunday, May 9, 2010

syoknyer g Musium Losong


Kemana sahaja kita pergi, pasti terdapat musium, dimana tempat tedapatnya
sejarah mahupun salasilah sesebuah Negeri.........
Di Negeri Terengganu juga terdapat sebuah Musium yang terletak di kampung Losong...
tidak jauh dari pusat Bandar, dan berdekatan dengan Taman Tamadun Islam........
bolehlah anda singgah untuk melihat bagaimana Negeri pesisir pantai ini bertapak sehingga kini,
malah anda boleh juga melihat secara lebih dekat "Batu Bersurat" yang menjadi bualan masyarakat setempat mahu pun di luar Negeri ini.....
bukan itu sahaja, anda juga boleh mengetauhi dari mana? dan bagai mana? Batu bersurat ini
berada di Negeri ini dan bukanya di negeri - negeri lain.......